Saturday, February 24, 2007

PERTANDINGAN MARHABAN

PERTANDINGAN MARHABAN

Program tersebut dijalankan dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah, Parit Buntar yang mana majlis itu akan dilangsungkan pada 25hb. MEI 2007 pada hari Jumaat jam 9.15 malam ~ 11.45 malam.

Kumpulan Marhaban yang akan bertanding adalah secara " JEMPUTAN ", dan setiap kumpulan marhaban yang bertanding TIDAK kenakan sebarang bayaran .

Jumlah Jemputan bagi Pertandingan Marhaban tersebut telah di tetapkan
hanya TERHAD kepada 10 Kumpulan / Pasukan di dalam daerah Krian.

Hadiah Utama dan Saguhati akan diberikan kepada Kumpulan yang
berjaya dan yang menyertai Pertandingan tersebut.
Hadiah dan Sumbangan Saguhati diperolehi melalui - Penajaan & Wakaf Masyarakat.

TILAWAH AL QURAN

PROGRAM KURSUS KECANTIKAN BACAAN AL QURAN

Program tersebut dianjurkan oleh pihak AJK Masjid Jamek Titi Serong, dan
diadakan di dalam ruang solat masjid sebagai tempat kursus.

Program tersebut akan dijalankan pada :
26hb. MEI 2007 [ Masa : 9.00 pagi sehingga 4.00 petang ]

Fasilatator Jemputan :-
Ustaz Tuan Haji Mohd Radzi bin Kamarul Hailan
IMAM Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.
Bekas Johan Qari Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa.

Pengkhususan Tajuk :
TAHSIN TILAWAH AL QURAN ( TARANNUM & QIRAATI )

Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus akan disempurnakan oleh
Brig. Jen (B) Dato' Haji Abdul Hamid bin Zainal Abidin
AHLI PARLIMEN KAWASAN PARIT BUNTAR

Kursus itu juga akan diserikan dengan bacaan ayat suci Al-Quran
oleh Johan Qari Peringkat Sekolah Menengah Daerah Krian, Parit Buntar.

Minum Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang akan disediakan.

YURAN KURSUS :- Peserta Qariah - RM 10.00 ( 120 peserta )
Peserta Luar - RM 15.00 ( 110 peserta )
Peserta Web* - RM 25.00 ( 30 peserta )

Sijil Penyertaan Kursus dan (1) naskhah AL QURAN akan diberikan
kepada semua peserta kursus tersebut.

Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus akan disempurnakan oleh
Brig. Jen (B) Dato' Haji Abdul Hamid bin Zainal Abidin
AHLI PARLIMEN KAWASAN PARIT BUNTAR
seterusnya menutup Program Kursus Bacaan Al Quran [ Tarannum & Qira'at ] bagi Sesi Pertama.

FORUM PERDANA ISLAM

PROGRAM FORUM ISLAM
Program tersebut dianjurkan oleh pihak AJK Masjid Jamek Titi Serong dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Parit Buntar ( Kuarters Guru Titi Serong ), Tema Forum " MASJID DIBELA UMMAH SEJAHTERA ".
Majlis Forum tersebut akan diadakan di Kawasan Perkarangan Kompleks Kuarters Guru Titi Serong pada 26hb. MEI 2007 [Masa: 9.15 malam sehingga 11.45 malam].

Diantara Penceramah yang akan dijemput ke Majlis Forum Islam tersebut :-
a) Ustazah Dr. Sharifah Hayati, Fakulti Pengajian Islam,
UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR.

b) Ustazah Puan Siti Nor Bahiyah bt. Mahmud, Pendakwah Bebas
JAKIM, KUALA LUMPUR

Majlis tersebut akan dipengerusikan oleh :
Ustaz Haji Roslan bin Che' Ros, Jabatan Agama Pulau Pinang.

Program Forum Islam tersebut akan dirasmikan oleh :
Senator Dato' Abdul Rahman bin Sulaiman, Timbalan Menteri,
JABATAN PERDANA MENTERI, MALAYSIA.


Program Forum itu juga akan diserikan dengan persembahan :-
Kumpulan Nasyid Jemputan dari Kumpulan Nasyid Sekolah
Kebangsaan Titi Serong, Parit Buntar, Perak.